Sunday, November 6, 2011

Happy together

dah lama tak update kan. busy.sangat2 busy.so far , everything ok.perasaan aku skrg boleh lah dibayangkan dengan mendengar lagu ni.

Imagine me and you, I do
I think about you day and night, it's only right
To think about the girl you love and hold her tight
So happy together

If I should call you up, invest a dime
And you say you belong to me and ease my mind
Imagine how the world could be, so very fine
So happy together

I can't see me lovin' nobody but you
For all my life
When you're with me, baby the skies'll be blue
For all my life

Me and you and you and me
No matter how they toss the dice, it has to be
The only one for me is you, and you for me
So happy together

I can't see me lovin' nobody but you
For all my life
When you're with me, baby the skies'll be blue
For all my life

Me and you and you and me
No matter how they toss the dice, it has to be
The only one for me is you, and you for me
So happy together

Ba-ba-ba-ba ba-ba-ba-ba ba-ba-ba ba-ba-ba-ba
Ba-ba-ba-ba ba-ba-ba-ba ba-ba-ba ba-ba-ba-ba

Me and you and you and me
No matter how they toss the dice, it has to be
The only one for me is you, and you for me
So happy together

So happy together
How is the weather
So happy together
We're happy together
So happy together
Happy together
So happy together
So happy together (ba-ba-ba-ba ba-ba-ba-ba)

having popcorn together while watching football match is sangat sweet tahu.hahaha.Chemistry betul-betul memainkan peranan penting dalam hal ini.tak kira apa pun dia buat kau akan rasa sweet walaupun semua orang boleh buat perkara sama macam dia buat, tapi mungkin,kau akan rasa orang itu merepek atau paling jahat kau boleh buat,kau akan rasa mcm entah apa-apa.

dah la, apa aku merepek ni.okbai.

Wednesday, September 21, 2011

Alangkah Indahnya.

Betapa indahnya jika...

Apa yang terbuku di hati mampu di luah kan secara mudah tanpa perlu menyakitkan hati mana mana pihak. Ya, saat ini tika ini, aku mula merindui kawan - kawan seuniversiti. gelak tawa mereka, marah mereka, hilai mereka, senyum mereka, tangis mereka, usikan mereka, dan pelbagai lagi tentang mereka. Tidak dinafikan, mereka adalah yang terbaik yang Allah anugerahkan pada aku selain keluarga. Terkadang, terasa terlalu jauh. Masing masing hanyut dengan kerjaya masing masing. Rakan sekerja mungkin menjadi pengganti, tapi tidak mungkin sama dengan yang ada dulu.



Aku rindu.Ya,terlalu rindu.

Betapa aku bencinya jika..

Dah baca blog aku,lepas tu sibuk nak cerita dekat aku apa kau baca. Dah baca, diam-diam sudah la, boleh tak depan aku anggap yang aku tak pernah ada blog? Boleh tak jangan nak rephrase apa yang aku tulis di sini depan depan aku.Konon sweet? Mungkin boleh blah.Menyampah tahu!Mungkin kelihatan seolah olah tidak menghargai,tapi kau perlu tahu yang aku tak suka hidup aku di alam maya di bawa ke alam reality. Mengerti?

p/s: mungkin cuba menghargai, tapi semuanya kelihatan tidak menjadi dan diluar kawalan.Ya, mungkin tiada kimia.

Saturday, September 10, 2011

A Very BIG Mistake

Benda yang kau tak percaya, tiba tiba kau nak buat percaya.Benda yang kau tak sedia tiba tiba kau buat buat kau sedia. Ya, kau dah buat satu kesilapan besar. ya, besar yang amat besar.Tahu?

'I'm stuck in the valley of disgraced.'


Lately busy yang amat,pukul 8,9,10 malam masih di jalanan lagi.Penat ok!

p/s: valley of disgraced buatkan aku teringat ingat zaman belajar, rindu nak belajar numerical method boleh?Ya,zaman belajar ada dato K.

Friday, August 26, 2011

Seri Berseri-Seri

Sapa follow cerita tahajud cinta.

Aku.Aku.Aku!

Aku dah lama tak follow drama melayu, sebelum ni selalu nk follow series orang putis sahaja walaupun bahasa orang putis aku macam orang siam nak cakap kelantan.Cerita ni best tahu.Watak Remi Ishak sebagai Solahudin yang alim ulama tu buat aku rasa sejuk je mata memandang. Dah la dia pandai buat sweet sweet dengan si Seri (Fauziah Gaus).Watak Ustaz Shauki yang berkahwin 4 semata mata kerana nafsu tu, buat aku rasa nak lempang. Dah sebab nafsu mengaku saja lah,tak payah nak bagi hadith segala bagai.Aku lempang juga si Eman Manan ni! Episod hari ni babak yang paling aku suka gila bila Solahudin terserempak dengan Seri dekat pondok Al Takwa.Kemudian

Solahudin : Saya nak ke pekan hari ni. Kelas petang nanti Seri tolong gantikan untuk saya ye.
Seri : Tunduk tunduk.Malu malu..
Solahudin : Seri....tak nak kirim apa apa ke?
Seri : Nak kirim apa ?
Solahudin : Ye lah, suruh jaga diri ke, jangan balik lewat ke.
Seri : Assalamualaikum..(terus blah,jual mahal kau Seri)

Haahahahahhaaaaa..comel sangat kan.tak comel.takpe lah.

Okbai.


p/s :sedih tengok, bila ustaz shauki ( ayah solahudin) tiba tiba potong line pinang Seri untuk diri sendiri sedangkan dia tahu solahudin suka si Seri.

Sunday, August 21, 2011

Rindu Serindu Rindunya

RINDU kawan kawan. T.T

RINDU nak lepak TC
RINDU nak shopping shopping ECM
RINDU pantai balok
RINDU nak buat PD sampai 5 pagi dengan budak group

RINDU kawan kawan plant design kan
RINDU bapak angkat aku kan.

even though aku tahu , masa buat pd ni everyone pun rasa stress tention tertekan, kadang kadang annoyed dengan group member sendiri.kadang kadang bila baru realise ada buat calculation yang salah tapi due datenya esok, dan tengah tengah malam,tengah tengah tidur kena bangun pegi meeting.pastu ada pula yang beralasan emak tak bagi keluar after 12 malam,semua orang stress tahu.tapi bila ingat balik, kelakar.RINDUya nak rasa tak puas hati dengan si ayah aji tu.haha.

RINDU genting highland kan


Ini, pre grad vacation kononnya. Hilang kan stress PSM dan PD kononnya. RINDU masa kena kejar dengan orang gila tu kan daus.hehe.


RINDU nak beli barang kat megamall, ecm dan kuantan parade kan

RINDU pantai balok yang super duper cantik tu kan.every year pun buat party party kat sini.

ada sekali tu, kena tahan pak gad satu kelas sebab balik 2 pagi.lagu mane nak balik awal kalau pukul 12 malam tengah layan midnight movie ramai ramai kat megamall.rasa macam best gila, tengah hari main tepung, tengah malam layan midnight movie.Pak gad ump kena belaja macam mana nak jadi cool dengan aku.

RINDU gambang waterpark kan

tak.sebenarnya RINDU nak belajar bahasa jepun dengan sensei kan.Tak sebenarnya yang RINDU nak belajar tu, arep dengan nadzirah je.diyanti mesti RINDU nak berlakon kat gambang water park je kan,sebab kau kan nak berlakon dengan ahmad idham.aku RINDU nak rap bahasa jepun yang ichi, ni, san apa entah.dah lupa, mesti sensei sedih.one thing yang aku ingat , masa oral ,sensei tanya . o genki desu ka.i was like, ha???buat muka blur.padahal senang gila setiap kali masuk kelas pun dia tanya o genki desu ka then semua org pun jawab genki desu ramai ramai termasuk aku.nampak sangat kan dalam kelas 100 percent main main.hihi.

RINDU unagi,tori karage,kanimayo, kanikama maki kan

nama sushi ingat.bahasa jepun yang belajar haram nak ingat.ada la jugak sikit ingat, kuruma tu kereta, jyu ringgito tu 10 rengget.atarashi kotoba tu perkataan baru.dah la tak ingat.tapi RINDU nak makan sushi kan,kat sini tak ada sushi oi..

dah la penat nak RINDU.berapa banyak perkataan RINDU aku taip dalam entry ni.RINDU dol.

Sunday, August 14, 2011

WishList

Wishlist
Due date : 31 /8/2011

#1 tart nenas
#2 almond london
#3 cornflex madu madu
#4 batang buruk
#5 trifles
#6 master of the game
#7 55
#8 by 30/8 complete 30
#9 23/30
#10 Boifren.Kah.kah.kah.
mamak, boifren satu.bungkus!
ok bai.

Tidak Selamat

hai reader(s) sekalian..

aku dah lama teringin nak mengemaskini benda ni,tapi aku malas. Sekarang ni pun tengah malas malas kucing lagi.korang perasaan tak?

lelaki breakup dengan awek dia sebab perempuan lain lagi hot dan cantik dari awek yang dia ada sekarang, tapi perempuan break up dengan balak dia sebab dia tak nampak future dia dengan lelaki tu, sebab balak dia student lagi. contohnya macam.

dia couple dengan balak dia sejak dari matrik sampai la tiba-tiba mamat tu tengah final year tiba tiba dia mintak break up sebab kononnya tak ada keserasian atau dikongkong.seminggu lepas tu dia kawin dengan senior dia seorang yang dah bergelar doktor.contohla..

contoh 2, dia mintak breakup dengan awek dia sebab tak ada keserasian atau dikongkong. tiba-tiba esoknya terserempak dekat genting highland tengah berjimba jimba pegang tangan dengan awek lagi hot dari awek dia dulu.ok, contoh je lah.

jadi?kalau dah dasar lelaki tu,lelaki jugak lah.dan kalau dah dasar perempuan tu,perempuan jugak lah.kah kah kah.perempuan ni sebenarnya cenderung untuk merasa insecure. aku pun tak tahu kenapa.rasa tak selamat sebab pakwe dia masih belajar , dan risau mungkin pakwe dia akan menganggur sampai ke tua.behtu bila nak masuk minang dia??!
dan lelaki, paras rupa tidak menjanjikan apa-apa dalam sesebuah perhubungan.

sebenarnya senang je, kalau dah perasan diri tu, suka merasa tidak selamat dengan sebuah perhubungan,atau rasa bersepah awek hot kat atas muka bumi ni kau nak buat gelfren, tak payah lah berboifren/bergelfren.bengap!okbai.

P/S:nampak sangat perempuan bercinta fikirkan masa depan kan.